Friday, July 8, 2011

Bintulu-Part 1

Last year aku kena pegi outsattion kat Bintulu, Sarawak... dup dap dup dap jugak la dada ni nak pergi. Dah la jauh, tak tau tempat, paling tragik kena pergi sorang2. Tapi sebagai anak cucu Hang Tuah,gua redah je..

Sampai sana, berkenalan ngan Pakcik Teksi yang aku rasa macam boleh dipercayai dan boleh bawak aku pusing-pusing Bintulu. Sah, aku terus book dia untuk aktiviti jalan-jalan aku.

Sampai sana, aku terus check-in hotel. Letak barang (terasa hotel sungguh scary sebab besar dan sunyi gilak2), aku terus generate otak nak pegi shoping. Kalau dah penat, malam tu senang la nak tidur kan. Turun receptionist, tanya mana Shopping complex dan tempat kraftangan, terus aku menonong2 keluar.

Esoknya, 2 student yang paling cool dalam dunia dah tunggu nak melayan kedatangan aku. Memang terbaik sebab berjaya bawak aku makan tempat yang sedap...super kewl guys..hehe  

 hotel yang mampu dihuni =)

 pemandangan bilik aku unik, dekat belakang bangunan tu airport lama bintulu..boleh jatuh isi perut kalo flight hari tu landing kat sini ='(

 belakang tu Petronas Bintulu..tak berapa nak nampak sangat api dia sebab siang lagi..

 aku n nisa (one of the kewl student) yang macho lagi sorang kena jadik fotografer...thanks zepa!

Uncle teksi bawak pusing sini..aku nganga...macam tudung saji pun ada..Uncle kata ni la Bangunan SUK Bintulu

Last day, sempat lagi ke taman tumbina...pening aku pehal la nama dia TUMBINA... Kakak kaunter kata sebab " Ni nama singkatan Taman Tumbuhan dan Binatang dik.."..aku...errkk???? unik.. Dalam dia pun best...unik la..nak compare ngan Zoo Melaka memang la dia kecik sikit..tapi dia best..nanti aku cerita dalam entri lain k =)

No comments:

Post a Comment