Friday, July 8, 2011

pameran sains SK Subang Bistari

Kali ni nak cerita pasal anak2 besar melayan anak2 kecil.

Alhamdulillah, bersyukur sangat tengok muka2 polos mereka gembira tengok pameran sains. Ye la, ramai yang tak berapa nak suka sains ni.. dalam kepala, sains tu susah. Selalu aku cakap dengan anak2 besar aku, tak payah la nak hentak2 kepala dekat dinding nak stadi. cukup dengan faham teori dan tau nak tekan kakelator je..

Abis aku kena gelak, ajaran sesat kata mereka..ciittt...poodah!!

 barang2 pameran yang baru nak disiapkan~

 semangat nak jawab walaupun tak de hadiah..good spirit honey!

 berusaha nak keluarkan telur dari bekas kaca...

 semangat anak besar saya explain...=)

 magik??? tak la...sains je..

 masing2 nak cuba naikkan paku...

 demo dari anak besar untuk anak kecil..suka sangat tengok muka mereka yang penuh minat~


Aku of cause la tak penat sebab anak2 besar ni yang tukang layan. Aku pandang, senyum dan bersedia baling kapur kalo diorang buat ajaran sesat...heheheh (^_^)v

Bintulu-Part 2

Macam yang aku dah janji sebelum ni, aku nak cerita pasal keunikan Taman TUMBINA.. Taman ni kira sebagai salah satu tempat wajib kunjung kalau ke Bintulu.

Kedudukan taman ni istimewa sebab dekat dengan pantai dan bukit..nyaman la orang kata.

meh cuci mata dengan hasil tembakan amatur saya

 awal-awal disambut dengan kolam kecil yang sungguh sejuk mata memandang~

 nampak tak??? alam kelebar = alam rama2...heh..baru tau =)

 dalam dome ni la alam kelebar..

 tangga untuk tengok rusa

 tapi rusa dia memang bersih.

 ada kat semenanjung?? takde kan...bijak rusa ni..

 sebab banyak rusa...rusa punya pasal, bukit dapat nama..

 atas bukit Taman Tumbina

 owh aku memang melampau, ni pun jadik mangsa tembakan amatur

 burung ni aku rasa dia melawat je kot taman ni. sukati je dia terbang sana sini

kalau tengok gambar ni mesti nak gelak sebab itik dua ekor ni boleh gaduh nak posing untuk di ambil gambar...adeii...siyes, aku lari tempat lain, mereka follow~

 pergi sarawak, tak melawat ni memang malu la wehhhhh

owh, dalam taman ni ada burung kakak tua @ burung tiung yang sama sangat suara dengan orang..cuak gak weh sebab aku da la jalan sorang2 kan...teringin gak nak upload..tapi video lak wat hal..len kali eh..




Bintulu-Part 1

Last year aku kena pegi outsattion kat Bintulu, Sarawak... dup dap dup dap jugak la dada ni nak pergi. Dah la jauh, tak tau tempat, paling tragik kena pergi sorang2. Tapi sebagai anak cucu Hang Tuah,gua redah je..

Sampai sana, berkenalan ngan Pakcik Teksi yang aku rasa macam boleh dipercayai dan boleh bawak aku pusing-pusing Bintulu. Sah, aku terus book dia untuk aktiviti jalan-jalan aku.

Sampai sana, aku terus check-in hotel. Letak barang (terasa hotel sungguh scary sebab besar dan sunyi gilak2), aku terus generate otak nak pegi shoping. Kalau dah penat, malam tu senang la nak tidur kan. Turun receptionist, tanya mana Shopping complex dan tempat kraftangan, terus aku menonong2 keluar.

Esoknya, 2 student yang paling cool dalam dunia dah tunggu nak melayan kedatangan aku. Memang terbaik sebab berjaya bawak aku makan tempat yang sedap...super kewl guys..hehe  

 hotel yang mampu dihuni =)

 pemandangan bilik aku unik, dekat belakang bangunan tu airport lama bintulu..boleh jatuh isi perut kalo flight hari tu landing kat sini ='(

 belakang tu Petronas Bintulu..tak berapa nak nampak sangat api dia sebab siang lagi..

 aku n nisa (one of the kewl student) yang macho lagi sorang kena jadik fotografer...thanks zepa!

Uncle teksi bawak pusing sini..aku nganga...macam tudung saji pun ada..Uncle kata ni la Bangunan SUK Bintulu

Last day, sempat lagi ke taman tumbina...pening aku pehal la nama dia TUMBINA... Kakak kaunter kata sebab " Ni nama singkatan Taman Tumbuhan dan Binatang dik.."..aku...errkk???? unik.. Dalam dia pun best...unik la..nak compare ngan Zoo Melaka memang la dia kecik sikit..tapi dia best..nanti aku cerita dalam entri lain k =)

Taman 1000 Bunga, Melaka

Pernah dengar pasal kewujudan Taman Seribu Bunga di Melaka??

Tak ramai yang tau pasal tempat ni sebab kedudukan dia agak tersorok. Dah tu cuma dekat tepi Seri Negeri je...mana la orang nak perasan.

Walaupun aku bukan lah golongan minah bunga-bunga matahari ni, nak jugak la aku tengok betul ke ada banyak bunga kat situ. Kadang-kadang taman ni jadi pilihan pengantin yang nak buat outdoor photography...

Round sorang-sorang, khatam la taman ni dalam tempoh sejam gamtu.. tembak sana sini dengan penuh gaya amatur, kira-kira bunga dia..ciittt...tak la sampai seribu spesis... banyak spesis yang sama...kaler je lain-lain..

Hahahaha...bayangkan la, kalau bunga taik ayam tu je dah ada dekat 5 warna yang berbeza, bunga kertas, orkid?? hahahhaha...tapi ok la kalau sekadar nak praktis tembak-tembak kamera ni...

Yang perempuan kalau boleh, jangan la buat kerja gila cam aku pergi sorang sebab aku nak tegaskan dia SANGAT2 SUNYI...jaga keselamatan..even ada pak gad kat depan, kalau korang dah menjerit kat belakang tu tak de maknanya la pak gad tu nak dengar...

 orkid...bukan yang luar biasa punye spesis

 bunga apa?? entah (berbelah bahagi sebab terasa cam nak menipu tau..hahaha!!!)

 papan tanda kat depan, dah nak keluar baru nak amik gambar.. 

 bunga kaktus...kira sedara bunga la jugakkan...kang tak cukup seribu pulak...hahah!!!

 bunga tahi ayam...penuh confident ragu2~

ni antara bunga yang ada...unknown...haha


basically, dalam ni ada padang sikit...masuk pun free je. tak la jauh sangat. kalau sekadar nak feeling kuch kuch hota hei meh le datang sini... =)

bukit tinggi pahang

Aku mula-mula jejak kaki disini sebab diajak teman terbaik dan housemate dia..maka, kami berempat pun naik la Kenari yang gagah perkasa tu ke sini. Bukit Tinggi ni letaknya di pahang, kalau dari arah KL, amek je tol Gombak, lepas Genting Highland punya exit, korang akan jumpa la sign ke Bukit Tinggi.

Sebelum ni, asyik dengar orang cerita je.."cam kat obersea kau!!!", "ada feeling mak salih dowh~"...heh...aku sebagai mak yg gelap ni pun berkobar-kobar la ke sana...

Hasilnya, berbaloi-baloi.. cuma kena bayar kat entrance depan tu je (sori la...gua asek lupa je berapa rega tiket..sob..sob..sob..)... tak la sejuk sgt pun sebab dia rendah je dari genting..

 Colmar de Tropicale`

 ahli rombongan, yang pakai tudung pink tu la yang bermurah hati untuk drive

 ada juga disediakan japanese kimono untuk disewa...kitorang yang sayangkan duit ni mampu menumpang gambar je la...hahahah!!!

 penat berjalan..nah..hamek..sila ke spa..pastu kalau aku pegi, confirm terus papa kedana..=p

 bangunan dia memang kalerful la...

 kitorang gagah panjat tangga lif nak naik atas nie...bhuehehehe!!

boring bermood romantika d amor?? jom masuk main pool...xde orang, so main belasah je...kejadian memalukan masa nak mula, masing2 tunggu ada guys tu mula sebab tak reti nak keluarkan bola kat tempat simpanan dia...hahah!! satu game baper hinggit?? usah kau tanya aku tipah...aku lupa.....

last sebelum balik singgah ke taman arnab...ada arnab yang dilepaskan dan ada yang dalam breeding house. yang lepas camni, kita boleh beli makanan dia...pastu bersukaria cam kitorang ni ha.. (err...adik ni lagi berani dari aku..hihihi)

adik yang dah macam horse whisperer...



Tapi view, sebagai orang yang tak penah lepas pegi obersea ni memang menganga la..santiknyeeeeee....MasyaALLAH...len kali, ada hari nak lepak-lepak lagi..by the way, kitorang pun balik hari je sebab cuma dalam 2jam setengah (dengan perjalanan yang tidak terlalu laju~)

zoo melaka-acara solo

fuuuhhhh....menitis-nitis peluh sebaldi bila berjalan dalam zoo melaka nie.

rasanya setiap zoo ada kelebihan masing-masing. dalam zoo melaka, rasanya lebih banyak haiwan kot (????????) hehehe...yang penting burung kakak tua kat depan tu memang la tarikan utama.

gambar ni diambil masa aku jalan sorang-sorang ke zoo (dasar kaki jalan)..

 burung yang tengah berkasih-kasihan disiang hari...haiiyarrkk...tutup mata~!!

 best je dia landing pagi-pagi tu

 nak naik kuda??? boleh...tapi kena bayar la ye =)

 kebetulan datang masa dia tengah diberi makan...hehehe..

 naik kuda kena bayar, naik penyu nie free je..jangankan budak, korang pun boleh naik...heh!

 next top model...apekah...ahahahah!!!

 gua tak larat nak senyum...lepak wehh...panas~

 spesis yang paling banyak..rusa....


kadar bayaran tak ingat la pulak...tapi berbaloi la kalau nak kurus, pastu banyak hal pulakkan...jalan dalam ni je memang sumpah peluh dan lencun la baju..buat parents yang nak bawak anak-anak, jangan risau, ada ketapi zoo tu pusing2...

jommmmm...Zoo Melaka~!

Thursday, July 7, 2011

permulaan satu cerita~

Bismillahirrahmanirrahim...

hoh..aku tak tau la dah berpa banyak blog yang aku dah buat...hahah..hangat2 ehem2 ayam sungguh...

harap-harap blog ni akan kekal la hendaknya.

blog ni blog rojak. semua aku nak cerita, aku cerita

anda tak suka, tak pe..sila click untuk keluar je...

ini cuma pandangan peribadi saya sebagai seorang manusia sahaja..

my blog, my rules

-end-